Perpustakaan awam
Perpustakaan awam

Perpustakaan awam

Sebuah perpustakaan awam ialah perpustakaan yang diberi dana oleh sumber awam seperti cukai dan boleh dicapai oleh masyarakat awam. Perpustakaan awam diurus oleh pustakawan dan diiktiraf sebagai penjawat awam. Ciri-ciri asas sebuah perpustakaan awam termasuk didanai oleh cukai, diurus oleh sebuah lembaga, terbuka kepada seluruh masyarakat dan setiap orang boleh mendapat perkhidmatan asas secara percuma serta tiada unsur paksaan dalam perkhidmatan perpustakaan awam.[1]Perpustakaan-perpustakaan awam wujud di kebanyakan negara dunia dan disifatkan sebagai asas kepada pembangunan masyarakat terpelajar dan celik huruf. Di samping itu, perpustakaan awam juga dikatakan sebagai pemangkin perkembangan budaya dan sosial masyarakat serta penghubung antara kerajaan dan rakyat.[2] Perpustakaan awam adalah berbeza dengan perpustakaan-perpustakaan lain seperti perpustakaan sekolah dan perpustakaan kajian kerana jenis perpustakaan ini dibina demi kepentingan masyarakat awam berbanding suatu institut tertentu.

Rujukan

WikiPedia: Perpustakaan awam http://goscl.com/coding-clubs-in-libraries-on-the-... http://daryono.staff.uns.ac.id/2009/02/12/pengemba... http://www.ala.org/Template.cfm?Section=interpreta... http://www.ala.org/aboutala/offices/ppo/resources/... http://www.ala.org/ala/issuesadvocacy/access/acces... http://www.ala.org/ala/issuesadvocacy/access/equit... http://www.ala.org/research/sites/ala.org.research... http://www.gatesfoundation.org/libraries/Pages/glo... http://www.ifla.org/files/wsis/Documents/libraries... https://www.reuters.com/article/pressRelease/idUS1...